aku dia dan kamu
aku..... adalah aku
dia....adalah dia
dan kamu........... adalah kamu
seperti irama dan lagu
yang tidak dapat dipisahkan
jika ia terpisah maka pincanglah lagu itu...
aku dan kamu
seperti ombak dan laut yang saling memerlukan
yang pastinya setiap masa dan ketika
setiap saat dan detik aku dan kamu....
Namun.......
Kehadiran dia dalam diri kamu
Menghancurkan segala impian dan harapan...
Kehadiran dia bagaikan satu mimpi...
yang mana akan diingati oleh aku
Untuk selamanya.....
Mengapa kehadiran itu di sambut mesra oleh kamu....
Dimanakah segala janji dan lafaz ikrar dari kamu.?????
Dimana????
dimana kah silapnya
Apakah salahnya aku...
Hinggakan segala janji yang diikrar telah terlerai hanya kerana dia...
Ahhh........manakah keadilannya....
kenapa masih lagi wujud
Pemusnah cinta agung.....
Andai benar cinta itu menyakitkan
kenapa aku terjebak didalam lubuknya....
Ya Allah......kau tabahkan lah aku dalam menghadapi segala dugaan mu..
Andai benar cinta aku dan kamu cinta yang agung kau panjangkan lah jodoh nya
Andai benar kehadiran dia hanya untuk memusnahkan hubungan aku dan kamu
KAU lindungilah aku dan kamu seaadanya...
hidup aku menjadi tidak keruan hanya kerana Dia dan kamu
semakin hari ia semakin menyeksa jiwa
hanya kehadiran dia(wanita ke2)......segala kasih sayang aku dan kamu
Musnah dalam sekelip mata....